Bagaimana kami bermula

Mula jatuh cinta dengan Buku MMR

Bismillah.

Ditakdirkan Allah swt, suatu hari suami saya Encik NZ Akmam pulang membawa senaskah buku.

Itu agak pelik? Sangat P.E.L.I.K ???

Sebab suami saya jarang sangat membaca buku apatah lagi membelinya. Buku ini sudah pasti sangat menarik. Jika tidak, masakan suami saya boleh tertarik untuk membeli lantas menekuninya tanpa henti. Saya lihat suami saya sangat tekun. Pelik lagi??? Namun saya masih sabar menanti suami saya menghabiskan bacaan beliau dari satu ke bab ke satu bab. Teringin juga untuk cuba pinjam sekejap, dapat baca isi kandungan pun jadi lah. Rasa tidak sabar pula hendak sentuh buku yang sudah berjaya ‘mencuri’ tumpuan suami saya ini.

Namun akibat risau akan membantutkan semangat membaca suami saya, maka saya pun membiarkan saja dia ralit dengan dunia bacaannya. Didoakan moga dengan berkat tajuk buku itu ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ akan lebih mudah lah jalan rezeki kami selepas ini.

Akhirnya saat yang dinanti pun tiba. Suami saya berjaya menghabiskan bacaan beliau dalam 2  hari sahaja. Wah pantas! Selepas itu lancar pula butir bicara yang keluar dari mulut beliau bercerita mengenai isi kandungan buku ini. Ini semakin pelik. Sebab membaca bukanlah termasuk dalam kegemaran beliau, apatah lagi mengulas dengan menarik isi buku tersebut.

Fitrah perempuan memang suka membaca. Saya memang ‘pantang’ lihat tajuk buku menarik. Rak buku di rumah saya pun penuh dengan buku dan majalah sehingga terpaksa berhenti membeli buku sementara mencari rak baru.

Tanpa membuang masa, saya memulakan pembacaan saya. Dari satu bab ke satu bab, saya jadi leka. Saya teruja dengan ilmu-ilmu baru mengenai rezeki. Rupanya masih banyak yang belum saya ketahui mengenai rezeki?

Sampai di Bahagian ke 2 saya lebih terpinga dengan perbezaan ‘Menjemput dan Mencari’. Rupanya rezeki boleh dijemput?

Ya, inilah kuncinya. Menjemput rezeki memang lebih mudah berbanding mencari rezeki. Mencari bermakna kita tidak tahu tempatnya. Justeru banyaklah percubaan demi percubaan yang perlu diharungi. Sedang menjemput pula, biasanya kita sudah tahu tempatnya. Kita kenal orangnya. Ya, tinggal dijemput sahaja!

Begitulah pemurahnya Allah Ar-Rahman. Bila Allah swt mahu menyentuh hati kita, Dia akan datangkan bersama sebabnya sekali.

Saya baca berulang kali bab yang saya mahu fahami dengan jelas. Sejak itu saya semakin tenang dengan hakikat rezeki. Saya mula like fanpage penulis buku tersebut Ustaz Fathuri Salehuddin. Saya mula simpan nombor telefon beliau. Dengan izin Allah tulisan beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya dan kehidupan saya seterusnya.

Saya mula ada perasaan ‘alangkah bagusnya jika lebih ramai orang dan jiwa yang dapat merasai ketenangan yang sedang saya rasakan ini’. Akhirnya peluang itu terjawab dengan adanya program outlet yang Ustaz anjurkan. Alhamdulillah saya berusaha menyertai pasukan pemasaran dan marketing Ustaz dan Saudari Nadiah Azaman. Hajat itu lebih mudah terlaksana dengan terhasilnya Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki.

Moga-moga dengan usaha kecil saya ini dapat menambah nilai jiwa-jiwa yang sentiasa ingin mencari makna kehidupan yang lebih bernilai disisi Allah swt dan secara tidak langsung dapat menambah saham-saham kami di akhirat kelak.

Siapa sangka, bermula dengan satu tindakan suami saya membawa pulang buku tersebut, telah membuka lebih banyak peluang untuk saya sebagai isteri terus menambah sumber pendapatan kami. Kami lebih bersemangat untuk membuka booth-booth jualan di karnival dan terus mengedarkan pamplet. Adakala pelanggan datang dari cara yang tidak disangka-sangka; tiba-tiba saja sudah dapat panggilan telefon. Masih ramai orang di luar sana yang berminat untuk mendapatkan buku MMR ini. Sudah banyak kali juga saya menambah stok buku bagi memenuhi permintaan tersebut. Rezeki tidak pernah tersalah alamat.

Penulis MMR

Rosez RJ

012-6866156

MMR Sejuta Syukur

Ipoh, Perak

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ~ Perak

Bismillah.

MMR Kemaskini 2014

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) sebenarnya terdapat dalam dua versi :

1) Versi Buku Penuh/Full version
– mengandungi 40 bab
– 191 mukasurat
– Saiz A5
– Elok di baca sebagai bacaan penuh untuk lebih memahami perihal rezeki

2) Versi Buku Mini Mudahnya Menjemput rezeki
– Bersaiz A6 (Separuh saiz buku versi penuh)
– Mempunyai 6 bab terpilih (pilihan penulis) yang di ambil dari buku versi penuh
– Mempunyai bab2 baru yang tidak terdapat dalam buku versi penuh seperti

~ ‘Mengapa rezeki saya sempit?’

~ Strategi Lunaskan Hutang

~ Melunaskan hutang dengan strategi sedekah

~ 8 bab2 kecil yang baru, hadis2 mengenai rezeki, doa langsai hutang, dan sebagainya.
– Cetakan berwarna
– 68 mukasurat
– Selalunya dibeli borong/pukal untuk dijadikan sebagai doorgift/ cenderahati untuk sebarang majlis perkahwinan, tahlil,dan sebagainya.

– Harga terkini untuk edisi kemaskini (mulai September 2014) adalah RM 2.70

Untuk mendapatkan buku di atas, boleh PM atau whassap saya di Rosez 012-6866156